LoveIsMove
2 silent reader[s] | +FOLLOW | DASHBOARD.


Dear You ♥
Monday 31 December 2012 | 07:24 | 0 cutest




Dear my future husband,

Awak!
Hurm, eh! I don't know who the hell are you? Where are you now? Where are you from? What are you doing? But I believe one day we will meet by a chance that Allah already fate to us. Kan awak? hehe k senyum cepat. Haa macam tu lah baru segak manis.

Awak!
Saya harap awak bahagia bila Allah jadikan saya sebagai pelengkap tulang rusuk kiri awak. Saya harap awak turut bahagia memiliki saya sebagai teman hidup awak dunia akhirat, insyaAllah.

Awak!
Saya harap awak suka tengok bola, sebab nanti kita boleh layan bola sesama. Lepastu kita gaduh-gaduh manja sebab kita tak sokong team yang sama. Takpun kita gaduh sebab bila saya tengok bola saya tengok sekali pemainnya. Hehe, barulah meriah hari-hari kita nanti kan kalau gaduh-gaduh manja gitu? haha. Tapi kalau awak tak minat bola, sedih la saya nanti sebab saya kena layan bola sorang-sorang. Kalau dulu yela ada papa. Nanti bila saya nak borak pasal bola dengan awak, awak buat-buat taktahu. Lagi teruk kalau awak larang saya tengok bola. Arghhh! Stress! Please, saya tahu awak bukan macam tu kan sayang kan? Biarlah tak fanatik sekali pun but at least awak still minat. Hehe, tak lelaki la kan kalau tak minat bola. Lagi-lagi kalau awak taktahu main bola. Subhanallah sayang. Jangan, jangan, malu saya nanti. Hahaha. Eh! Tak tak, kidding. InsyaAllah saya terima walaupun sentap. Hee, k love you D.

Awak!
Saya harap awak suka travel-travel ni sebab kaki saya memang gatal la kalau duduk diam je. Hurm, bukanlah saya harap awak bawak saya travel satu dunia ke oversea ke (eh yang ni kalau ye best jugak *kenyitmata) cuma adalah juga masa kita sesama untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan sekali sekala. Kita pergi hiking ke, rock climbing ke, picnic ke, redah hutan ke, lepak pulau pantai ke, lepak waterfall ke, haa pergi jongging kat taman ke, haa tak kisah la pape janji kita ngadap alam sekitar. Hee, awak jangan taktahu saya ni kaki rayau, kalau boleh semua tempat kat Malaysia ni saya nak terokai. Saya suka dengan ketenangan alam ciptaanNya. Cantik Indah Tenang. Hurm, mahu patah kaki saya kalau duk bertenggek je kat rumah tu. Hurmm, boleh kan boleh kan? Alaa, awak jangan risau la saya bukan kaki shopping. Tapi, tapi kalau awak bawa saya pergi jejalan kat shopping complex dan time tu ada sale dan tetiba tangan saya gataal-gatal jenak membeli awak jangan tanya kenapa duit awak habis. Hehe, alaaa tengok tu dah buat muka toya la tu. Takmo takmo, dah senum cepat. InsyaAllah saya tahu kemampuan kita dan saya takkan belanja yang bukan-bukan sebab saya tahu peritnya nak cari duit. Tu semua saya dah lalui la sebelum saya jumpa awak. Dah senyum please. Haa, macam tu la, k love you D.

Awak!
hurmmm, kalau boleh, kalau boleh, kalau boleh, kalau boleh, kalau boleh, hurmmm kalau boleh saya nak jadi isteri yang bekerjaya. Haa! Tengok dia buat muka toya lagi. Alaaa, alaaa please. Saya janji waktu kerja saya takkan lebih dari waktu kerja awak.Hurmmm! Bukanlah saya nak memperlekehkan kemampuan awak sebagai suami untuk jaga saya dan bukanlah saya takmampu nak jadi suri rumah sepenuh masa tapi, tapi awak tahu kan saya boleh gila kalau hari-hari duk ngadap dindang kat rumah tu. Bosanlah awak, at least kalau saya kerja saya ada kawan, otak saya pun jalan. Hee, awak faham kan? Saya tahu awak superb memahami sebab tu awak tercipta untuk saya. (eh over plak ** jelirlidah) Yeahh! I love you D.


Awak!
Saya harap antara kita nanti takkan ada rahsia dan awak kena percayakan saya no matter what dan percayakan hubungan kita demi Allah. Kalau awak ada masalah saya nak sayalah tempat awak mengadu. Kalau awak sakit sayalah tempat awak bergantung harap. Kalau awak gembira sayalah penyebabnya. Kalau awak sedih sayalah air matanya. Kalau awak terluka sayalah ubatnya. Apapun dugaan yang datang saya nak kita hadapi sama-sama. Biar pahit sama-sama kita telan dan manisnya sama-sama kita rasa. Okay sayang? Hee, k love you D.

Awak!
Saya harap nanti awaklah pembimbing saya dunia kahirat. Saya harap awaklah yang Allah utusan kan buat saya untuk saya mengadap diriNya yang Maha Esa suatu hari nanti. Bimbinglah saya menuju ke Jannah. Jadilah Imam yang terbaik untuk saya dan bakal anak-anak kita. (Bhahaha, k ini kelakar over. Dushh!) Andai buruk laku saya awak perbetulkanlah. Andai tidak kukuh iman saya awak perkukuhkanlah. Andai derhaka saya awak sedarkanlah. Andai saya terlupa dimana saya berpijak awak ingatkanlah. Dan kalau boleh kan setiap kali lepas solat maghrib saya nak awak dengar saya mengaji then awak betulkan apa yang tak betul. Okay sayang? Hurmm, saya bukan apa, saya memang kantoi sangat bab-bab tajwid ni semua. Hurmmm! Awak malu eh sebab saya macam ni? Hurmm, takpelah kalau macam tu. Saya belajar sendiri je. Saya sedar saya siapa. Kalau sebab ni awak nak cari yang lebih baik, it's okay saya izinkan. **(huwarghhhh! sobsobsob, siapa sanggup madu woi!) Takpelah, saya sambung eh. Hurmm, saya nak awak bimbing saya selalu. Bimbing saya jadi isteri yang solehah, anak yang baik, menantu yang penyayang dan mama yang bertanggungjawab. Ye sayang ye! Okay terima kasih. Love you. Sayang you. Muahmuah!


Awak!
Haa apa lagi nak taip erk? hurm hurmm. Ini jela kot setakat ni dan andai kata jodoh kita tak panjang. Saya mohon awak lepaskan saya dengan cara yang baik. Macam mana awak bawa saya pergi dari sisi papa mama saya, macam tu jugalah awak pulangkan balik saya ke sisi mereka. Dan teruskanlah mencari kebahagiaan awak dengan izinNya. Aminnn.









sincerely me,
Your fate

Older Post | Newer Post