LoveIsMove
2 silent reader[s] | +FOLLOW | DASHBOARD.


Izinkan Aku ♥
Saturday 13 October 2012 | 05:40 | 0 cutest

Semalam awak datang ke dalam hidup saya. 
Saya cuba berikan cinta saya seikhlas dengan rasa yang Allah pinjamkan untuk saya. 
Awak ajar saya apa itu kasih sayang. 
Awak ingatkan saya apa itu rindu. 
Awak ajar saya erti sabarnya menunggu. 
Tapi tiba - tiba awak hilangkan diri tanpa memberitahu apa salah saya yang sebenarnya.

Hari ni, saya cuba jadi kuat. 
Dan akhirnya saya nekad untuk menjadi seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. Saya harus kuat. 
Andai kata, di Luh Mahfuz memang sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, dan saya sebagai peminjam tulang rusuk kiri awak. 
Saya bersyukur ke hadrat Illahi. 
Saya terima dengan hati yang terbuka kerana tiada nama lain yang wujud tika ini melainkan nama awak dalam hati saya.

Tapi jika takdir Allah sudah tertulis bahawa "dia" adalah jodoh saya yang sebenarnya dan bukannya awak. Satu sahaja yang saya minta. 
Doakan saya mampu lupakan awak. 
Doakan saya mampu hapuskan segala kenangan yang saya pernah ada dengan awak. 
Doakan saya mampu merasa bahagia yang Allah kurniakan. 
Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya dengan setulus hati. 
Kerana dialah PELENGKAP BUAT KAKI SAYA MELANGKAH KE SYURGA.





Older Post | Newer Post