LoveIsMove
2 silent reader[s] | +FOLLOW | DASHBOARD.


kalaulah pelengkap hidup aku macam dia
Tuesday 13 December 2011 | 02:55 | 0 cutest
Okay
Warghhhhhh :(
Daim aku dah jumpa pelengkap hidup dia .
Pada 201112011
Aku ?
#sobsobsob=='




#Okay , cukuplah dua gambar je . Aku malas nak p kutip gambar dia banyak-banyak . Cemburu . HAHAHA *macambodohkancemburudenganartis,layakkehh(!)


Wehhh , dah aku taktahu macam mana aku nak describe apa yang aku cuba nak describe sebenarnya . Cuma wehh , perempuan mana yang takrasa bahagia tu bila kata puitis dibawah dilafazkan oleh pasangan kita . Perghh ! Aku yang syahdu tahuu #mamanakkahwintapi mamayangcarikanlah,barusweet,Haa^^

Copp ,
Tengok jela bawah nh ,
Bye =='


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin me...nulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


Older Post | Newer Post