LoveIsMove
2 silent reader[s] | +FOLLOW | DASHBOARD.


Coretan si Obses terhadap Sang Pencinta Seni :)
Saturday 18 June 2011 | 12:20 | 4 cutest
hari ini Aku bangkit dengan senyuman
sejak dua menjak
hati Aku kelam
teruja
menanti detik 18/06/2011 (hari ini)
ada apa dengan pena hari ini ?
Ahh !
detik yang teramat Aku nanti sebagai seorang Aku .

Seorang Aku yang sering memerhati Beliau dari kelopak mata
jauh - jauh - dan tetap jauh
kerana Beliau yang Aku maksudkan merupakan hak masyarakat
kepunyaan semua orang yang menggilai bakatnya juga dirinya mungkin
macam Aku :)
Seorang "public Figure" dan Seorang "Aku"
korang sendiri pasti tahu apa jurangnya bukan ?

Ahh !
persetankan jurang itu
hari ini Aku nekad
apa pun jadi
mahu tidak mahu
sepasang mata itu
seraut wajah itu
sebaik - baik Ciptaan Tuhan itu
dan kepunyaan juga Kakak Cantik itu
bakal menjadi saksi sepasang mata yang rabun ini
untuk membuatkan bibir ini dihujani dengan senyuman
dibanjiri dengan pelbagai rasa
Aku sedia .

* Central Market :
Aku melangkah penuh bermakna
sekadar ingin menyempurnakan pemberontakan hati
dek kerana sering terpincang untuk ketemu
sempat Aku menuduh diriku malang
cemburu apabila melihat mereka - mereka yang sama seperti Aku
juga mampu bertemu muka dengan Beliau
dan Aku masih memerhati
tanpa pasti .

Aku terkejer - kejer masa indah Aku
mencari destinasi
sedang ada yang berkata ianya sudah berakhir
Ahh !
kata hati : PEDULIK !
Obses Aku masih menebal
Aku cari terus mencari
Bising
Dup - Dap - Dup - Dap
Pappp !
tu Beliau (tersenyum aku sendiri , bersorak sakan aku dalam hati)
Depan mata
Aku datang merapati
terus meminta untuk di - photo - pi bersama


*maaf gambar sudah di delete


Ahh !
girangnya hati tak ada yang dapat menebak
namun Syukurku tak terkira
TERIMA KASIH Sang Pencipta
TERIMA KASIH Ya Allah
demi ketentuan hari ini
senyum :)

Seketika
Aku kembali dengan nekadku
membeli buahatikecil Beliau (BOGEL MENUJU TUHAN)
mendapatkan contengan Beliau
sekali lagi ber - photo dengan Beliau
tanda kenangan
senyum :)









Yeah !
Aku tersenyum puas
Aku berjaya mengotakan janji hati
biar pertama dan terakhir
Aku tetap puas
sekali lagi tersenyum :)
senang terhadap penantian
Amin .

namun Aku masih sedar
Aku masih terlalu kecil dimata Beliau
entah siapa ?
entah dari mana gadis ini ?
* mungkin itu bisik Beliau atau mungkin tidak !
berpuluh yang datang
Aku bangga
kerana kami berkongsi keterujaan yang sama
Aku bangga
bangga menjadikan Beliau sumber inspirasiku
senyum :)

Zubb !
Sekali lagi
depan mata
Zahiril Adzim Mohd Mukhtar


Aku
Aku terkaku
mungkin bukan fizikalku
tapi mindaku
kataku
jiwaku
dan semua
nampak seperti biasa
namun Aku yang merasa
tahap keobses - san
ku simpul rapi agar tidak terbau
sedang aku asyik mencoret sejarah sendiri
terbit getaran
Ahh !
getaran yang mengendalakan butir suaraku
bagai ketemu entah siapa
Aku diam tanpa petah berbicara
sebagaimana Seorang Aku berbicara sebelumnya
getaran yang memincangkan proses Aku ber - snapping
Choii !
keluhan Jibek menjadi santapan aku
Sorry Adik !
senyum pohon pengertian :)


maaf Jibek , hanya photo ini yang sempat aku potretkan buat engkau ;'(
*maaf gambar ini juga sudah di delete


Ahh !
Aku bahgia
bahagia menghadap hari ini
bahagia termetrai segala mimpi
bahagia terkabul doa yang satu ini
walau silampi terus menyepi
Aku tetap
tetap disini
bersama coretan sendiri
untuk hilang rasa sepi
senyum :)


Yeah !
I'm done !
detik jam12.00a.m semakin berlalu
meninggalkan Aku dengan kenangan hari ini
lambat - lambat aku menghayati
mengorek setiap kata sehabis fahaman Aku
saat gerabak mula terpana depan mata
saat gerabak mula mengejar landasan laluannya
Ohh !
sudah habis rupanya
khatam
Aku khatam membaca buahatikecil Beliau
senyum :)

sejurus itu
keringat mula merengek butuh istirehat
walau seketika
Aku menunduk kemas akan kemahuan
yang satu itu
sekejap pejam
sekejap lagi celik
sekali terjaga
sekali itu juga aku terasa bagai hidup
hidup dalam dunia Buku "BOGEL MENUJU TUHAN" tersebut
ingatan Aku terlekat pada bait - bait apa yang dibaca
penangan Abang Bob (Zahiril Adzim) gamaknya
berkesan
kagum
Congrat !
Beliau berjaya .
berjaya menghidupkan puitis katanya pada Aku
sebagai paparan
sebagai panduan
sebagai pengetahuan
sebagai peringatan
Ya !
Beliau BERJAYA 
tak sabar rasanya
menanti karya kedua
ketagih
ketagih
ketagih

Aku bergegas meluncur laju
membonceng nyawaku
menuju syurgaku
desas - desis angin bayu pagi
Aku seakan tercucuk perih
dengan kesejukan dingin angin
yang ku bawa bersama nyawaku
kelajuan memecut deras kian terasa
ya !
itu dia
rumah berconteng warna kuning kelihatan sepi
aku meluru membersihkan diri
hati tak keruan
selagi entri ini belum tertaip
bergegas Aku mengadap
boyfriendku
dan
inilah hidangannya
senyum :)




p/s : Best of Luck untuk Abang Bob . untuk karya Abang Bob . untuk bakat Abang Bob . untuk rezeki Abang Bob . dan untuk PELENGKAP TULANG RUSUK KIRI Abang Bob , Kak Syiera Ayob . ya ! cepat - cepat mendirikan masjid .




Lot of love from your Daim's and Abam's admire  

| Newer Post